Ahad, 15 Februari 2009

SOLAT MEMBAZIR MASA??

Anda x percaya? ya, ramai org mengatakan solat itu membazir masa, merosakkan ekonomi dan tiada faedah langsung. Sesetengah org pula menganggap muslim gila kerana menyembah sesuatu yang tidak dpt DILIHAT. Sekarang ini saya ingin membalas kenyataan mereka. Adakah mereka dapat melihat angin? Adakah mereka dapat melihat "kesakitan"? Apakah mereka dapat melihat graviti? Jawapan mereka sudah tentu TIDAK! Kita semua tidak dapat melihat perkara2 tersebut tetapi dpt MERASA kehadirannya/ kesannya. Oleh itu, TIADA bukti yang menunjukkan Allah TIDAK wujud, tetapi terlalu byk bukti yg MENGESAHKAN kewujudan Allah.

Berbalik kpd topik kita, solat memang pada zahirnya memang kelihatan spt tiada apa2 manfaat kpd manusia ttp sebenarnya solat mempunyai byk manfaatnya. Antaranya:

1. Sujud menambah kekuatan aliran darah ke otak dan mengelakkan penyakit migraine dan menajamkan akal.
2. Melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
3. Memudahkan wanita di dalam proses bersalin kelak
4. Merangsang payudara untuk menghasilkan susu untuk bayi
5. Mengurangkan kegemukan (obesiti)
6. Melegakan paru- paru dan ketegangan saraf
7. Menggelakkan pendarahan otak
8. Melegakan sakit hernia
9. Membetulkan kedudukan buah pinggang
10. Melegakan sakit senggugut wanita
dan pelbagai lagi manfaat kesihatan lain.

Saya ingin meletakkan beberapa ayat Al- Quran, moga2 menjadi renungan:

Tidaklah kamu tahu bahawasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. An-Nur : 41

Firman Allah SWT:
"Apakah sebab kami masuk neraka? Jawab mereka: kami tidak mengerjakan solat."
(Surah Al Muddathir: 42-43)
-------------------------------------------------------------------------------------
Hadis- hadis Rasulullah:

Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Janji antara kami dengan mereka (orang kafir) ialah solat. Oleh itu barang siapa yang meninggalkan solat maka ia benar telah kafir."
(HR:Abu Daud , At Tirmizi dan Nasai)

Rasulullah s.a.w. bersabda
"Amalan seseorang hamba yang pertama akan dihisab kelak ialah solat,maka jika solatnya rosak maka amal lainnya akan rosak."
(HR:TABRANI)

Akhir kata, moga2 kita dpt menghitung & memperbaiki iman serta akidah kita sebelum terlambat. (Sila komen article ini:)

1 ulasan:

  1. thank atas info tersebut...
    sememangnye skrg manusia lali mengerjakan solat dan mklm hnya bazirkan ms dan alasan kerja sehingga x dpt nak sempurna kan ibadat tuhan..
    seharusnya semua umat hendaklan sentiasa tahu tnggugjawab mereka sebagai hamba ALLAH.

    BalasPadam