Sabtu, 14 Februari 2009

MANFAAT BERSEDEKAH

Secara jujur saya katakan bhw sedekah akan menjadikan anda BEBAS drpd masalah kewangan!! Pernahkah anda terfikir untuk bersedekah sekurang- kurangnya 10% drpd wang gaji/ saku anda? Saya ade satu pengalaman yg menarik untuk dikongsi bersama.

Saya mula bersedekah di ting.2(2007) sebanyak RM3.00 setiap Jumaat dan masih berterusan sehingga kini. Pada tahun tersebutlah saya menerima duit raya PALING BANYAK iaitu lebih kurang RM 150.00. Sebelum ini saya biasanya menerima duit raya sebanyak RM 100 sahaja. Ada 1 masa di mana saya cuma mempunyai RM 5 shj dan saya berbelah- bagi sama ada untuk gunakannya membeli game(RM 5) atau bersedekah dan saya memutuskan untuk bersedekah(RM 3). Subhanallah, ketika saya pulang drpd solat Jumaat, nenek saya tiba- tiba menghulurkan duitnya sebanyak RM 10 kepada saya. Saya agak terkejut kerana saya tidak pernah bercerita yang saya cuma ada RM 5 shj dan ingin membeli game. Saya bertanya kpd dia kenapa tiba- tiba bagi dan dia menjawab " saje je,tiba- tiba nak bagi duit kat zul". Allahuakbar, mulai saat itu saya lebih mengutamakan sedekah drpd hal duniawi.

Insya- Allah x lama lagi saya akan meletakkan donation box dalam blog saya dan 50% drpd jumlah derma akan diserahkan kpd Masjid An- Nur (Subang Jaya) setiap bulan. Oleh itu, marilah kita sama- sama bersedekah walaupun cuma 50 sen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan