Sabtu, 14 Februari 2009

MANISNYA HIDAYAH ALLAH

Semasa saya di Ting. 1, saya boleh dikira sebagai budak yang agak nakal dan sering protes. Namun pada suatu pagi saya bermimpi dunia kiamat. Langit berwarna merah dan bergulung, gunung hancur dan menjadi seperti debu, gempa bumi yang amat kuat sehingga Bumi terbelah. Ketika itu saya berada di dalam kereta bersama ahli keluarga. Kereta kami menjunam ke dalam laut dan saya betul- betul terasa lemas dan menjangkakan saya akan betul- betul mati. Sakitnya memang terasa namun saya sempat mengucap sebelum saya "mati".


Kemudian saya terjaga( masih dalam mimpi) dan cuba keluar daripada kereta namun tiba- tiba ada cahaya memegang saya serta menegah saya daripada keluar. Apabila saya lihat ke luar, saya ternampak satu pemandangan yang cukup- cukup mengerikan. Laut itu rupanya ialah LAUTAN API, terdapat wanita- wanita yang sedang digantung serta disula, lelaki menghantuk kepala kepada batu sehingga pecah. Mereka melakukannya berulang- ulang kali sehinggalah saya terjaga daripada mimpi. Subhanallah, saya terjaga ketika bapa saya sedang mengerjakan solat sunat dhuha. Mulai saat itu saya mula membaca buku- buku agama dan mengamalkannya dalam kehidupan saya sehari- harian. Moga- moga kita semua mendapat iktibar daripada kisah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan